Dalam pemilihan cermin mata,bentuk muka adalah salah satu faktor penting,kesesuaian mengikut bentuk muka menambahkan "kehenseman" kita..:)
INFO: PENYESUAIAN BENTUK MUKA
Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.
- Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.
- Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu.
- Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.
- Wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.
- Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.
- Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.
source / kredit to:
buahmulut.com (pic adi putra)
Bestspecinfo from Pakarkacamata "QasehSuchi SmartEye" |
No comments:
Post a Comment