Sunday, 15 December 2013



Sejarah Ray-Ban USA


 Ray-Ban adalah brand kacamata Amerika yang mula dicipta pada tahun 1936 oleh Bausch & Lomb. Idea Ray-Ban bermula beberapa tahun yang lalu apabila Leftenan John A. Macready kembali dari pengembaraan belon dan mengadu bahawa matahari telah merosakkan matanya. Dia menghubungi Bausch & Lomb meminta mereka untuk membuat cermin mata hitam yang dapat memberi perlindungan dan juga kelihatan elegan. Pada 7 Mei 1937, Bausch & Lomb telah mencipta satu patent kacamata yang dikenali sebagai Aviators. Prototaip tersebut adalah kacamata Anti-Silauan yang mempunyai rangka yang sangat ringan seberat 150 gram. Mereka diperbuat daripada logam emas bersalut dengan kanta hijau yang diperbuat daripada kaca mineral untuk menapis sinar inframerah dan ultraungu. Juruterbang  Kor Tentera Udara Amerika Syarikat dengan serta-merta menerima pakai cermin mata hitam tersebut.

      The Aviator Ray-Ban menjadi gaya terkenal cermin mata hitam apabila Jeneral Douglas MacArthur mendarat di pantai di Filipina dalam Perang Dunia II, dan jurugambar mengambil gambar beliau memakainya. Ray-Ban dengan cepat mendapatkan populariti melalui peperangan yang lain dan juga terkenal di dalam filem seperti Top Gun, yang dipakai oleh Tom Cruise, Val Kilmer, and Anthony Edwards. Pada tahun 1952, Ray Ban mencipta satu lagi gaya iaitu Ray Ban Wayfarer. Perbezaannya ialah Wayfarer adalah cermin mata hitam berbingkai plastik. Reka bentuk cermin mata wayfarer ini menjadi sangat popular dikalangan golongan yang berpendapatn sederhana. Cermin mata hitam wayfarer juga dilihat digayakan oleh bintang-bintang filem, bintang TV, dan pemuzik seperti The Blues Brothers dan Michael Jackson. Ray Ban masih menjadi pereka terkemuka dalam industri cermin mata hitam dengan sentiasa berubah warna, bingkai dan kanta.

     Pada tahun 1999, produksi Ray-Ban menjadi semakin merosot dan syarikat Bausch & Lomb telah mengalami beberapa kerugian di atas kemunculan persaingan dalam penghasilan kacamata seperti Oakley Inc yang mempunyai kepakaran mencipta design kacamata yang lebih moden dan sesuai untuk golongan muda. Saham mereka juga telah jatuh daripada $1 kepada $78 US Dollar. Ini menyebabkan mereka terpaksa menjual paten Ray Ban itu sendiri kepada sebuah syarikat kaca mata di Itali iaitu Luxottica dengan nilai $640 million (The New York Times). Namun, Syarikat Bausch & Lomb tidak menjual teknologi dan kepakaran mereka dalam menghasilkan cermin mata hitam kepada syarikat Luxottica tersebut.

    Syarikat Bausch & Lomb ditubuhkan oleh dua orang warga GERMAN iaitu John Jacob Bausch dan Henry Lomb pada tahun 1853 dan merupakan syarikat pengeluar lens yang terkemuka dunia. Mereka telah menghasilkan pelbagai jenis lenses yang berteknologi tinggi sebelum terciptanya Ray Ban seperti "photographic lenses, spectacle lenses, microtomes, camera lenses, binocular telescopes lenses, searchlight mirrors, torpedo tube sights, periscopes, dan contact lenses". Bausch & Lomb juga telah berkerjasama dengan sebuah lagi syarikat lenses terkemuka dunia dari GERMAN iaitu Syarikat Zeiss pada tahun 1892 dalam menghasilkan optical lenses. Ini menunjukkan bahawa lenses keluaran Bausch & Lomb ini berkualiti tinggi dan tiada tandingan dengan lenses daripada syarikat lain. Maklumat penting yang anda juga perlu tahu ialah Syarikat Luxottica ini bukanlah daripada syarikat pembuatan lenses tetapi adalah sebuah syarikat  pereka frame yang terkenal dengan design yang lebih 
moden.



Qaseh Suchi SmartEye membekalkan produk rayban aviator dengan harga yang berpatutan.Dimana kami membantu anda bergaya dan memiliki kaca mata hitam dengan harga yg berpatutan. model-model untuk rayban akan diupload di page facebook  facebook.com/bestspecinfo ..like page kami untuk mendapatkan bermacam promosi menarik seperti 'kod diskaun" dan lain-lain lagi.. terima kasih.




Friday, 13 December 2013

Dalam pemilihan cermin mata,bentuk muka adalah salah satu faktor penting,kesesuaian mengikut bentuk muka menambahkan "kehenseman" kita..:)


 INFO: PENYESUAIAN BENTUK MUKA

Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.
  • Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.
  • Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu. 
  • Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.
  • Wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.
  • Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.





















source / kredit to:
buahmulut.com (pic adi putra)

Bestspecinfo from Pakarkacamata "QasehSuchi SmartEye"

Thursday, 12 December 2013

Cermin mata


Cermin mata merupakan bingkai yang mempunyai galas kanta yang berada di depan mata, ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.
Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan dan tangkal diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata gunting.
Bingkai cermin mata biasanya dibuat daripada logam atau plastik. Kanta pada asalnya dibuat daripada kaca, tetapi kini ia dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam, termasuk CR-39 dan polikarbonat. Bahan-bahan ini mengurangkan bahaya retakan berbanding kanta kaca. Sesetengah plastik juga mempunyai lebih banyak ciri-ciri optik lebih menguntungkan daripada kaca, seperti penghantaran cahaya nampak lebih baik dan penyerapan lebih besar cahaya ultralembayung.[1] Sesetengah plastik mempunyai satu indeks biasan lebih besar daripada kebanyakan jenis kaca; ia berguna dalam pembuatan kanta pembetulan dibentuk untuk pelbagai ketaknormalan seperti rabun jauh. Kanta plastik lebih baru, dipanggil izon, boleh juga memperbetulkan peringkat lebih tinggi yang sepatutnya terdapat dalam permukaan mata manusia. Kanta ini mewujudkan penglihatan lebih tajam untuk orang ramai yang mempunyai masalah penglihatan dengan membantu melihat dengan jelas. Muka gelombang berpandukan pembedahan LASIK juga membetulkan untuk penyimpangan peringkat lebih tinggi.

Galas kanta yang berada di depan mata.
Kanta merupakan suatu alat sama ada untuk menumpukan atau untuk menyerakkan cahaya, biasanya diperbuat daripada kaca.
Kanta dikelaskan mengikut kelengkungan permukaannya. Jika ia melengkung keluar, ia dipanggil kanta cembung. Jika sebaliknya, ia digelar kanta cengkung.

Jenis-jenis kanta :

1 - Symmetrical double convex lens.
2 - Asymmetrical double-convex lens
3 - Plano- convex lens.
4 - Positive meniscus lens.
5 - Symmetrical biconcave lens.
6 - Asymmetrical biconcave lens.
7 - Plano-concave lens.
8 - Negative meniscus lens

kanta cembung adalah kanta yang tirus di luar (cembung: tirus di bahagian tepi dan tengahnya lebar). Sering kali digelar kanta penumpu atau kanta positif. Cahaya melalui kanta cembung tertumpu pada satu titik. Titik ini dikenali sebagai titik tumpuan. Kanta cembung mampu menghasilkan imej sebenar atau maya.
Cermin mata kanta cembung boleh digunakan untuk mengatasi rabun dekat. Ia juga digunakan dalam kanta pembesar dan mikroskop optik.

Kanta cekung merupakan kanta yang lebih tebal di bahagian hujung berbanding dengan bahagian tengah. Ia juga dikenali sebagai kanta capah atau kanta negatif. Kanta cekung mampu menghasilkan imej maya.
Cermin mata kanta cekung boleh digunakan untuk mengatasi miopia.

source:

Tuesday, 10 December 2013

Assalaualaikum Dan Selamat Pagi.salam perkenalan, diawal bicara jom kita dengar apa ustaz azhar kata,,hehe





Terima kasih kerana sudi singgah ke pakarkacamata.Lepas ni kita sambung lagi dicoretan yang seterusnya :)

Bestspecinfo from Pakarkacamata "QasehSuchi SmartEye"